Okey. Untuk maklumah cik pulau dah habis khatam novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya ketiga Siti Rosmizah... Baru perasan, rupanya ni dah kali kedua baca novel ni. First time baca masa pinjam dari kawan.. Biasalah, cik pulau ni jenis yang tak reti nak puas.. Kalau pinjam orang punya tu, pastu citer tu pulak best.. Memang menggila la gi cari novel tu..Bukan apa.. cik pulau lebih suka memiliki daripada meminjam.. Tak best.. Hahaha..
Okey.. Honestly cakap.. Tak suka karya Siti Rosmizah sebab setiap kali baca novel dia mesti air mata cik pulau kering.. Argghhh.. Pandainya dia olah kata-kata sampaikan ianya meresap ke seluruh jiwa dan sanubari cik pulau.. 2 novel sebelum ni pun cik pulau memang keluar air mata.. Kali ni pulak.. Lagilah.. Satu je nak komen, dalam novel ni banyak sangat hiperbola terhadap satu2 benda tu dan kadang2 hiperbola melampau..Hohoho..
Ya Allah.. Nasib baik la cik pulau baca dalam bilik.. Kalau takk.. Malu dennn.. Malu weehh.. Emo betol baca sampai nangis bagai.. Tapi itulah yang berlaku.. Awal-awal baca lagi dah bergenang kat kelopak mata ni, apatah lagi nak sampai habis.. Bayangkan berapa banyak air mata cik pulau tumpah.. Thumbs up to her.. Memang respek. Walaupun banyak sangat konflik dalam citer ni, tapi bagi cik pulau, dia berjaya dalam menjiwai watak-watak dalam tu..
Sinopsis citer ni : pasal Tengku Aqilah yang disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri.. 13 tahun hidup di perantau membina hidup sendiri. Balik ke pangkuan family tapi tetap disisihkan. Tengku Natasha membenci adiknya sendiri dan memperlekehkan Tengku Aqilah dengan beri jawatan sebagai tea lady di syarikat milik keluarganya sendiri.
Tengku Ryan Ameer,jejaka tampan kacukan inggeris melayu juga membenci gadis tu sehingga langsung tak boleh nak bertemu. Sanggup kahwin kontrak semata-mata 40% syer yang di amanatkan. Tapi sape sangka, perkahwinan kontrak tu membawa bibit-bibit cinta dalam hubungan mereka. Namun, Tengku Aqilah menderita akibat penyakit yang di alaminya. Impiannya untuk memanggil bapanya sendiri dengan panggilan papa yang ditunggu selama 23 tahun akhirnya termakbul. Bagaimana pengakhiran cerita ni? Dia menderita sakit apa tu. Kena lah baca sendiri. Kita tengok berapa banyak tisu yang korang habiskan sebaik sahaja khatam novel tu. Hehehe
p/s : Lepas ni nak sambung baca novel 7 Hari Mencintaiku lak.. Novel ke 4 Siti Rosmizah.. Ohhh Yeaahh.. Kalau dah nama hantu novel..Huhu
