ni citer masa kat kuliah semalam gak.. ingat nak wat entri semalam jekk.. tapi.. ehh suka hati cik pulau lah nak citer bile pun.. dah ni blog cik pulau kan.. err... sila jangan marah.. cik pulau gurau je.. takde kena mengena dengan biawak mahupun sesumpah.. errkk. yerr.. memang takde kaitan..
okey... hari ni... saya ada beberapa cerita untuk dikongsi dengan kamu semua.. kata seorang guru di depan anak-anak muridnya.. okey cerita pertama..
ada seorang pemuda yang memandu laju sebuah motosikal kawasaki. memang bergaya habis.. tiba-tiba seorang mak cik tua tahan dia di tepi jalan nak mintak tumpang.. (hebat jugak taste mak cik ni... tahan motor kawasaki tu..)
"mak cik nak gi mana ni??" tanya pemuda tu...
"mak cik nak gi umah anak mak cik." jawab mak cik tu pula.. lelaki tu kelihatan agak malu untuk membawa mak cik tapi malangnya pemuda ni malu nak bawak makcik ni.. yelaa.. sebab dah tua kan.. pastu muka pulak kerepot.. jatuh la saham dia..
lepas tu pemuda tu tanya mak cik tu.. "anak mak cik cantik tak??" jawab mak cik tu pula.."cantik.. cantik sangat.." pemuda tu kemudiannya pun setuju lah nak bawak mak cik tu jumpa anaknya..
pemuda ni bawak punya lah laju kawasaki tu dah ala-ala kat litar sepang.. kemudian bila dah sampai kat rumah anak dia tu.. mak cik tu tanya.."nak.. kenapa bawak motor ni laju sangat?"
jawab pemuda tu pulak.." haihh.. mak cik.. ni motor saya.. suka hati sayalah.." mak cik tu terkedu...
okey..cikgu tersebut meneruskan ke cerita seterusnya.. "citer yang kedua pula.." sambung guru tadi.. anak murid tadi khusyuk mendengar cerita itu... menarik barangkali..
.jpg)






