bila abang dah balik... adik buat apa???? hehehe..
ehem.. tadi petang abang cik pulau sampai umah. dah 5 bulan dia tak balik. biasalah kerja kan. lainlah kalau kerja sendiri. memang boleh je nak cuti suka-suka hati. abang cik pulau ni kerja kat labuan. so of coz la balik nya dengan flight la kan. semalam katanya takleh nak balik sebab tiket takde. cik pulau memang dah takut da, kot la tiket takde sampai habis raya cina, mau dia tidur kat hotel tu. jenuhla company nak bayar.
tiket balik ni pun memang company yang bayarkan. oh bertuahnya badan.. bila sampai je tadi, macam biasala. orang yang paling excited of coz la anak dia si Alya tu kan. terus bangun dari tidur bila dengar je suara abah dia. hisshhh.. rindu bebenor nampaknya. dari jauh apa yang aku nampak hanyalah ayam KFC.. tak senonoh punya adik... lalala~
bila dia duduk je, perkara utama adalah bercerita. hehehe.. rutin adik-beradik cik pulau kan bila balik bercuti. dan cik pulau memang nak tergelak bila dia cakap dia tersesat kat KLIA.. konon bila keluar je nak anta member dia, sekali dia yang tersesat. mau cik pulau tergelak. lawak tol la abang cik pulau ni kan..
bila dah lama sikit tu, cik pulau cakap la cadangan nak buat bbq this friday masa member-member cik pulau datang holiday kat umah cik pulau ni. bila dia dengar aja nak buat bbq jumaat ni., dan dan dia nak keluar gi umah member dia.. kureng asem punya abang.. macam tau-tau je cik pulau ni nak paow duit dia... lalala~
tapi jangan risau, buat member2 ANK, cik nin, nora, Ekin, Ee and Gjee yang akan berkunjung ke rumah cik pulau, BBQ tu akan tetap ada and we'll enjoy that night.. insyaAllah..
kalaulah dia tanya ... "kenapa aku yang nak kena sponsor untuk bbQ ko nanti???"
for sure cik pulau akan jawab.. " sebab kamu kan abang..." cakap gaya versi iklan digi suatu ketika dulu... lalala~.. inilah masanya kita nak gunakan abang... bila lagikan??? hahahha.. komfem semua abang-abang akan datang serang adik dia kalau semua pun perangai macam cik pulau ni kan.. ayoyo... ama apa!!!!
salam sayang:
